Live Car Wahdah Partner

Live Car yang dilancarkan pada May 2018 merupakan cara WAHDAH menyelesaikan isu dimana pihak penyewa kereta yang mempunyai kereta tersedia tetapi tidak ada tempahan dan customer yang ingin membuat tempahan secara “last-minute” untuk hari-hari tertentu. WAHDAH melihat isu ini sebagai merugikan pihak penyewa kereta dimana umum sudah tahu, ada kos yang perlu ditanggung meskipun kereta tidak di sewa. Oleh itu, perkara yang melibatkan penolakan permintaan “booking” customer dan ‘musim sejuk’ kenderaan hendaklah di kurangkan sebanyak mungkin. Berikut merupakan objektif lain mengapa Live Car ini diwujudkan:

  • mengurangkan jumlah kereta di jalan raya seterusnya membantu memelihara alam sekitar
  • untuk menggerakkan kereta-kereta partner, dan meningkatkan jumlah booking/sales
  • membantu permintaan tinggi tetapi dalam masa yang singkat (last minute) semasa hujung minggu/cuti  (1-2 days rental)
  • membantu customer mendapatkan kereta yang diingini
  • mempermudahkan urusan antara Wahdah dan partner bagi mengenalpasti kenderaan yang tersedia

Ciri terbaru Live Car (setakat Jan 2019)

Kemas kini terbaru Live Car ialah (lihat gambar Sample 1) :

  • Promo/Discount : fleksibiliti kepada partner dimana mereka boleh menawarkan  promo (diskaun) sebelum menyenaraikan kereta mereka di ‘Live Car’. Ini dapat menarik customer untuk menempah kereta tersebut.
  • Maximum day: partner perlu tentukan maksimum hari kereta tersebut tersedia untuk disewa bagi mengelakan pertindihan tempahan seterusnya.
Sample 1


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *