4 Tips Penting Pengusaha Kereta Sewa

Ketika anda ceburkan diri dalam industri kereta sewa secara sambilan atau sepenuh masa, penting untuk anda sentiasa berada di landasan yang betul. Bukan hanya pada industri ini sahaja, bahkan juga dalam industri-industri yang lain.

#1 – Membuat Validasi Idea

Percaya atau tidak, setiap pengusaha akan mencari idea yang boleh ditiru setiap hari.  Hampir 90% mengamal bisnes akan mengambil idea dari media sosial terutama idea pemasaran. : )

Tapi ingat tidak semua idea ini boleh diguna pakai. Jadi bagaimana untuk memastikan idea ini betul? Caranya mudah, jalan 3 jenis validasi utama.

a) Validasi antara kumpulan.

Jika anda mempunyai staf, bersyukurlah berarti anda mampu membuat diskusi dan mempunyai ruang brainstorming sesama kumpulan. Kumpulkan input dari staf anda supaya dapat kurangkan risiko sedia ada.

b) Validasi di lapangan

Apabila anda sudah yakin dan mencapai kata sepakat. Maka usah berfikir panjang lagi.  Implemenkan idea anda . Tapi jangan lupa juga untuk meletakkan time frame. Contohnya idea di jalankan dalam operasi anda selama 6 bulan.

c) Validasi akhir (Final)

Sekali lagi kumpulkan hasil dari idea yang telah dijalankan dan bincang sekali lagi sesama kumpulan. Jika hasilnya positif dan menguntungkan bermakna anda telah berjaya. Drafkan SOP pula supaya ianya kekal positif!

#2 – Database Pelanggan

Cermin bisnes anda, sekuat manakah anda mampu menerima tempahan setiap bulan. Ukur kekuatan ini dari sudut diri sendiri dengan status bisnes secara sambilan, jumlah staff dan jumlah kenderaan yang anda ada.

Logiknya jika anda hanya ada 5 unit kereta, berapakan tempahan yang perlu anda terima, 30, 50 atau 100 tempahan setiap bulan? Hanya anda sendiri yang mampu menjawabnya.

Jadi konsistenkan bisnes anda dengan jumlah tersebut. Caranya bagaimana? Jaga dengan baik pelanggan anda yang ‘baik2’. Elakkan bisnes anda seperti bisnes pasar malam. Pelanggan datang dan pergi dan tidak saling mengenal antara satu sama lain. Setiap data pelanggan amatlah berharga. Simpan dengan baik terutama Nama, No. telefon, Email dan Alamat. Anda juga disarankan memberi nilai tambah dengan mengambil tahu ‘interest‘ mereka dan ini saya akan kongsikan pada artikel akan datang.

Bina relation bisnes (bukan personal relationship) dengan database-database tersebut dengan membuat posting email  secara konsisten. Konten email juga boleh diperbagaikan berupa promosi, tips dan perkongsian tempat-tempat menarik. Elakkan membuatkan posting ketika ‘musim sejuk’ sahaja.  Oh ya, WhatsApp for Business juga boleh juga sebagai option B jika kurang berkemahiran dalam email marketing.

Jadi bayangkan jika anda mempunya 500 database lengkap pelanggan. Adakah mustahil untuk mendapatkan 50 repeating client untuk jalankan 5 kenderaan anda setiap bulan?

#3 – Pengurusan Cash Flow

Ketika bisnes anda sudah mula mengalirkan wang. Berarti anda juga dalam risiko. Ingat tidak semua wang tersebut boleh dikategorikan sebagai ‘untung’. Apatah lagi bisnes anda masih kurang dari 3 tahun operasi! Silap langkah ianya boleh menjadi jerat.

Jika anda kurang berkemahiran dalam soal matematik akaun, lantik seorang ‘goal keeper‘ yang menjaga akaun supaya tidak selalu bolos. Anda juga harus lebih berdisiplin dengan mencatat setiap keluar masuk wang dan simpan segala resit-resit yang berkaitan.

Jika bisnes masih di tahap awal operasi, awalkan laporan kewangan. Jangan tunggu akhir bulan atau tahun. Bentangkan laporan setiap minggu, dengan demikian anda boleh merancang lebih awal terutama kos-kos yang berkaitan expansation syarikat seperti pemasaran dan lain-lain.

#4 – Membentuk Kumpulan

Dua orang juga adalah kumpulan! Cari partner atau staf yang mampu membentuk sebagai kumpulan. Jangan lakukan seorang diri. Pada level awal operasi penting untuk anda belajar dua perkara berikut :

1.  Belajar Melengkapi kekurangan

2.  Belajar Meraikan Idea

Jika bisnes anda bungkus pada stage ini, ianya tidak seteruk ‘bungkus’ setelah 5 atau 10 tahun operasi.  Jadi bertindak lebih awal kerana bisnes adalah PROSES perjalanan yang ‘jauh’!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *