Jadilah pengguna aktif WAP
WAP adalah sebuah medium pengurusan bisnes kereta sewa. Gunakan sistem WAP dan secara tidak langsung sistem kami akan mengesan real data anda sebagai pengguna yang aktif (active user). Apabila rangking syarikat anda berada di atas sebagai active user, keutamaan tempahan akan diberikan secara automatik.
Review yang baik dari pelanggan
Jika anda pernah menerima tempahan dari WAHDAH, ingat bahawa pelanggan akan menghantar review terhadap servis dan mutu perkhidmatan yang telah anda berikan. Oleh itu, penting untuk memberikan khidmat kepada pelanggan dengan layanan yang baik dan juga menepati standard industri yang telah ditetapkan supaya secara tidak langsung dapat membina rasa percaya, selamat dan selesa.
Rating keseluruhan anda
Rating anda dalam sistem juga adalah penting. Sistem menghantar tempahan akan memilih active user dengan skala bintang terbaik untuk mendapatkan satu-satu tempahan. Standard rating yang ditetapkan adalah tidak kurang dari 3 bintang dan tidak kurang 60% acceptance rate bagi mendapatkan mana-mana tempahan yang berkaitan.
Lokasi strategik
Ketahui segmen dan lokasi yang betul untuk perniagaan anda. Sistem WAHDAH akan memilih lokasi terdekat di mana tempahan dibuat.