Kemaskini Aplikasi Wahdah Partner

Pelanggan akan gembira jika mereka dihargai. Kadangkala, kita akan mendapat panggilan telefon atau email bahawa mereka pernah menyewa dari anda. Kebiasaannya, kita ada rekod di aplikasi Whatsapp , sejarah perbualan dari sewaan sebelum ini. Adakah staff kita di ofis tahu sejarah pelanggan ini  ? Jika mereka ingin meminta diskaun, apakah SOP syarikat ? Jika pelanggan pernah berbelanja lebih dari RM 1,000 ? Jadi mungkin ‘feature’ ini akan membantu syarikat anda 😀

Wahdah Partner terbaharu sudah dikemaskini iaitu Customer Relationship Management (CRM) yang memaparkan Customer History anda.

Di bawah senarai Sales akan ditunjukkan jumlah tempahan yang pernah digunakan oleh pelanggan. Kita boleh klik di nama tersebut dan akan dipaparkan secara jelas apa rekod tempahan-tempahan tersebut.

 

Anda atau staff boleh terus klik di nombor tempahan dan lihat sejarah maklumat tempahan pelanggan ini.

 

Semasa Add Sales, kami juga menyediakan features auto complete. Apabila anda taip nama pelanggan, sistem akan mencari nama yang sama di dalam sistem. Klik nama tersebut.


Sistem akan auto mengisi data email, alamat, telefon serta no IC yang terakhir pernah di isi.

 

Mudah bukan ?  Kami berharap ‘features’ ini dapat mengukuhkan lagi CRM anda dan seterusnya memudahkan anda untuk menjadikan pelanggan terus gembira.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *