Soft Launch API & WaHero

Dalam era digital hari ini, tiada menang atau kalah dalam industri bisnes. Tidak perlu menyaingi kerana kebanyakan persaingan hanya akan mematikan. Manusia tidak lagi memerlukan siapa yang paling kuat untuk menang, hanya perlukan siapa yang sudi menghulurkan dan saling membantu dan menguatkan. Idea distruptive trend kini perlu diinovasikan dengan lebih banyak kolaborasi

Photo by Tazbay Studio

Oleh yang demikian, sejak sistem kami dilancarkan dan ditawarkan kepada umum November tahun lalu sehingga kini, lebih 100 syarikat berdaftar beserta dengan hampir 800 kenderaan terkumpul dan dipasarkan oleh setiap syarikat dalam satu-satu masa hingga mencecah keseluruhan transaksi bernilai hampir RM4.1 juta. Dengan statistik sedia ada, kami membuat banyak eksperimen penting dan hasilnya cukup memberangsangkan. Tujuan kami satu, membantu dan membangunkan ekosistem kereta sewa yang sihat.

Chart di atas menunjukkan bahawa berkembangan kami sejak dilancarkan hingga kini dan juga projek-projek yang sedang dijalankan dan juga yang akan datang.

Sesi pertemuan yang lalu, kami telah mendapatkan banyak input dari syarikat-syarikat yang menggunakan sistem pengurusan kami dan pada masa yang sama juga menerima booking dari website WAHDAH. Hasil dari input-input tersebut dapatlah kami menambah beberapa feaures penting seperti :

1. Accounting Report

2. Vehicle Servicing & Sale Performance Report

2. Calendar & Booking overview

Selain itu juga, sistem asas Add Sale Rental dan Limo dengan live availability telah dikemaskini dengan auto create invoicing yang lebih mudah dan praktis.

API – Application Programming Interface

Perkataan ini terlalu kompleks untuk difahami bagi yang tidak mempunyai asas pengetahuan IT dan programming. Namun, kami cuba berikan sedikit awarness tentang kepentingan API, bahasa mudahnya data dan resourses dikongsi dengan praktikal dan mudah. Dengan menggunakan skrip koding yang telah disediakan, pengusaha tidak lagi perlu mengeluarkan ribuan ringgit untuk membuat backend sendiri yang mempunyai intergrasi dengan laman webnya.

Apa yang menariknya, API ini akan menarik data pelanggan terus masuk ke sistem pengurusan sedia ada. Skrip-skrip koding tersebut boleh di dapati di https://docs.wahdah.my

WaHero

Perkataan WaHero adalah gabungan unik antara WAHDAH dan Hero. Konsep yang diketengahkan adalah konsep pengkongsian ekonomi, di mana ianya berfungsi sebagai platform yang menghubungkan Syarikat Partner kepada Hero Partner. Teorinya WaHero akan menyelesaikan keperluan dan juga masalah berikut :

1. Syarikat yang mempunyai lebihan masa staff dan ingin menjana pendapat sampingan untuk menampung kos hiring semasa.

2. Syarikat yang kecil mempunyai staf yang terhad atau yang tidak mempunyai staf sama sekali

3. Runner-runner dan juga freelance driver yang ingin menjana mendapat sampingan.

Dengan dilengkapi sistem bayaran online, transaksi akan lebih telus dan setiap syarikat boleh menghantar atau meminta Hero pada bila-bila masa. Apa yang kami jangkakan, setiap hero boleh menjana mendapat mudah dari RM500 – RM2,000 sebulan dengan bekerja secara sambilan.

Berikut adalah flow gambaran bagaimana proses online berfungsi.

Idea-idea di atas sedang dijalankan dan di tahap validasi. Kami mengalukan sebarang komen dan idea.

Jika anda mempunyai rangakaian runner atau lebihan staf yang ingin di dafatarkan sebagai Hero, email kami di support@wahdah.my untuk sama-sama menaikkan ekosistem kereta sewa yang lebih sihat.

 

One Reply to “Soft Launch API & WaHero”

  1. Salamulaik semua..

    Alhamdulillah terima kasih dan setinggi tinggi penghargaan di ucapkan kepada WAHDAH dengan perkongsian ini..

    Setakat ini kami amat berpuas hati dgn system yang ada yang memudahkan pengurusan kereta kami di samping selesaikan masalah penyewa yang bermasalah.

    Response dari WAHDAH Team juga sangat memberangsangkan dan boleh dijadikan sahabat berniaga. Care & telus.

    Saya sarankan kepada pengusaha-pengusaha kereta sewa kecil-kecilan ataupun yang baru nak berjinak dengan perniagaan kereta sewa boleh mencuba system ini.

    -Zikhan, Excellent Car Rental-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *